Sunday, June 3, 2012

AKTIVITI DI ZONE 3 SUAMPRIPAD, DI BAWAH PENTADBIRAN KOMPENI 'C'


Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD) baru-baru ini menerima kunjungan delegasi dari Sekolah Agama Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Delegasi berkenaan diketuai oleh pengetua SAMTSH, Puan Khairiah binti Sujud.
Kunjungan delegasi dimulakan dengan mendengar taklimat oleh Timbalan Pengetua SUAMRIPAD, Matudin Haji Tahir mengenai profil, infrastruktur, dan pendidikan yang terdapat di sekolah berkenaan, kemudian acara ramah mesra.
Selain itu kunjungan juga diserikan lagi dengan pertandingan hiwar (dialog dalam Bahasa Arab) dan pertandingan khas antara pelajar SUAMRIPAD dengan rombongan pelawat, dan kemudian acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak.
Dalam rangka lawatan muhibah selama empat hari ke negara ini, rombongan berkenaan akan membuat lawatan ke beberapa buah sekolah Arab dan tempat-tempat menarik di negara ini, di samping berkesempatan menyaksikan persembahan dan acara sampingan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-51 tahun.

Saturday, June 2, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN PASUKAN SPSS KOMPENI 'C'

Perlawanan persahabatan diantara Team SPSS Kompeni 'C' dengan Team keluarga salah seorang ahli SPSS berlangsung pada 1 hb June 2012 bersamaan hari Jumaat di Padang Sekolah Menengah Masin diakhiri dengan kalah tipis 2 - 1. Walaupun pasukan Kompeni 'C' kalah tipis tetapi semangat pemain-pemain tidak pernah luntur. Teruskan........!!!!! demi menjaga nama baik Pasukan Kompeni 'C'!!!!!.......HEP HEP HORAY........HEP HEP HORAY...........

Antara pemain-pemain kompeni 'C' beraksi semasa perlawanan tersebut.


 Sedikit nasihat dari Pengurus dan Jurulatih pasukan

Aksi kedua-dua pasukan

Aksi kedua-dua pasukan

Aksi kedua-dua pasukan

RAHUL SPORT SHOP

ANDA INGIN BERSUKAN?
ANDA INGIN MEMBELI BARANGAN SUKAN?
JIKA ITU YANG ANDA MAHUKAN
KUNJUNGILAH RAHUL SPORT SHOP
DI BATU SATU JALAN TUTONG, BERSEBELAHAN FIRST EMPORIUM BANGUNAN KUNING....

Thursday, May 31, 2012

ACARA DI ZONE 3


Salah seorang peserta menerima cenderahati disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

Persembahan pembacaan Al-Quran sebelum penyampaian cenderahati.


BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei - Seramai 19 peserta telah terpilih ke Peringkat Akhir Kebangsaan Pertandingan Menghafaz al-Quran Berserta Pemahamannya bagi Tahun 1433H setelah melalui peringkat separuh akhir yang dipertandingkan mengikut kategori masing-masing, 

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama itu dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam, DCP Awang Bahrin Mohd Noor selaku tetamu kehormat majlis.

Pertandingan separuh akhir kali ini menyaksikan 41 peserta berentap dalam empat kategori, dan dari jumlah itu, enam peserta kategori A, tiga peserta kategori B, enam peserta kategori C dan empat peserta kategori D telah berjaya ke peringkat akhir, yang akan diumumkan tarikhnya kemudian.

Keputusan pemenang peringkat ini telah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Pertandingan, Awang Mohamad Hashim Haji Abdullah,

Sebelum pertandingan dimulakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Menghafaz al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1433H, Pengiran Haji Haslin Pengiran Haji Ali berucap tahun ini seramai 134 peserta telah mendaftar untuk mengikuti pertandingan.

Menurut beliau bilangan penyertaan telah meningkat berbanding pada tahun lepas, walau bagaimanapun bukan kuantiti atau bilangan sahaja sebagai ukuran akan keberkesanan pertandingan ini tetapi kualiti hafalan juga dititik beratkan.

Pertandingan ini merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.

"Antara tujuan pertandingan diadakan adalah bagi menggalakkan umat Islam di negara ini terutamanya kanak-kanak, murid-murid dan remaja untuk berjinak-jinak mencintai Al-Quran melalui hafazan dan menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu rutin dan amalan harian," tambah Pengiran Haji Haslin.

Majlis diakhiri dengan persembahan pembacaan Al-Quran dan penyampaian cenderahati kepada para peserta yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

JPD laksana pemantauan jalan raya

                                                                  
Salah seorang pemandu yang ditahan semasa pemantauan had laju di ibu negara.

              
Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin tatkala menyertai pemantauan jalan raya oleh JPD.





Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah membuat Pemantauan Jalan Raya di beberapa buah kawasan di daerah ini terutama sekali yang tertumpu di kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan raya.

Antara kawasan tersebut seperti di kawasan Lebuh Raya Muara-Tutong di mana baru-baru ini telah meragut nyawa seorang pemandu warga asing berusia 37 tahun.

Turut serta dalam pemantauan jalan raya itu, Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohamad Taha dan beberapa pegawai dari agensi kerajaan yang berkaitan.
Menurut jurucakap dari JPD, pemantauan jalan raya ini akan diteruskan dari masa ke semasa disebabkan terdapat pemandu yang tidak mengambil perhatian penting terhadap aspek keselamatan.

"Ini termasuk, tidak memakai tali pinggan keselamatan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju dan tidak tanda-tanda amaran di jalan raya," tambahnya.

Bukan setakat itu, malah terdapat juga pemandu yang tidak menggunakan lesen memandu yang dikhususkan dalam pelesenan kenderaan.

Sementara di kawasan yang berasingan, sebanyak 30 pemandu ditahan dalam operasi had laju di lebuh raya di daerah ini yang mana salah seorang pemandu, memandu dengan kelajuan 150mph.

Kesemua pemandu yang ditahan telah dikenakan kompaun.

SELAMAT HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE 51

Semoga perajurit-perajurit kitani berjuang dengan ikhlas kerana Allah demi Agama, Bangsa dan Negara......Amin

PELUANG SAKSIKAN ASET TERBARU TENTERA LAUT


Peluang saksikan aset terbaru tentera laut

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei - Sambutan Kemuncak Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi 2012 akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun ini di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara, bertujuan memberi peluang kepada ramai pengunjung untuk melihat secara dekat beberapa aset terbaharu ABDB khususnya kapal-kapal perang Tentera Laut Diraja Brunei.

Tema sambutan Ulang Tahun ABDB ke-51 ini iaitu "Mempertahankan Negaraku Brunei Darussalam" adalah selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan Ke-28 iaitu 'NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM' yang sewajarnya merupakan suatu aspirasi yang sangat relevan kepada ABDB.

Tema tersebut dijadikan tekad dan iltizam kepada semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku rakyat Negara Brunei Darussalam untuk terus berdiri mendukung dan menanai tanggungjawabnya, mempertahankan negara untuk memastikan keamanan, kesejahteraan, kemakmuran serta kedaulatan negara Melayu Islam Beraja kita, terhindar dari sebarang apa jua anasir-anasir negatif.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan di sini berkata, salah satu acara kelainan yang bakal ditampilkan ialah Pertunjukan Arena Laut di kawasan air yang berdekatan dengan Jeti 'Bravo' Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.

Pertunjukan Arena Laut itu akan melibatkan beberapa aset-aset daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Regimen Pasukan Khas yang akan mempamerkan beberapa aksi-aksi yang hebat.

Seperti kebiasaan, sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 31 Mei ini akan didahulukan dengan Perbarisan Raksasa Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di padang kawad Tentera Laut Diraja Brunei yang terdiri daripada Pasukan-Pasukan Perbarisan Unit-Unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Ia kemudian akan di meriahkan dengan pelbagai pertunjukan Arena Laut di kawasan air yang berdekatan dengan Jeti 'Bravo' Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei. Pada masa yang sama juga pelbagai pameran statik ketenteraan darat, laut, udara dan Kementerian Pertahanan juga disediakan untuk kunjungan orang ramai.

Di antara acara sampingan yang di anjurkan pada hari tersebut ialah aktiviti-aktiviti permainan dan gerai-gerai jualan termasuk pondok-pondok makan dan minuman bagi orang ramai. Aktiviti-aktiviti permainan yang disediakan ialah seperti perlawanan 'Nerf', galeri memanah, peraduan melukis, pameran reptilia dan kucing, Flying Fox, belayar bersama Airboat, menaiki kenderaan dan bot tentera, menembak senjata ringan, menunggang kuda dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti berkenaan dianjurkan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan ahli-ahli sanak keluarga, khususnya ibu-bapa dan anak-anak, tidak kira tentera atau awam untuk dapat terjalin mesra di dalam suasana kekeluargaan.

Sambutan di bukakan kepada orang ramai selama dua hari iaitu bermula 31 Mei hingga 1 Jun.

Acara utama sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan berlangsung pada 31 Mei, bermula pada pukul 8 pagi dengan acara Perbarisan Raksasa Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bertempat di Padang Kawad Tentera Laut Diraja Brunei.

Manakala pameran-pameran statik ketenteraan dan aktiviti-aktiviti permainan serta gerai-gerai jualan akan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Bagi Persembahan Arena Laut pada hari Khamis, 31 Mei akan di adakan pada pukul 10 di sebelah pagi dan pukul 3 di sebelah petang. Manakala pada Jumaat, 1 Jun pada pukul 10 pagi dan pukul 3 petang dengan persembahan Arena Laut akan berjalan selama 30 minit.

Laluan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara ialah menggunakan laluan yang sama menuju ke Pantai Muara. Memandangkan tempat letak kereta di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei adalah terhad, pada 31 Mei pihak penganjur telah menyediakan kemudahan tempat-tempat letak kereta di Pelabuhan Muara, Pusat Kesihatan Muara dan juga kawasan berdekatan dengan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei di mana 'shuttle bus' akan disediakan untuk membawa para pengunjung ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei.

Kemudahan-kemudahan kenderaan lain yang disediakan di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei ialah seperti kenderaan kereta api yang akan membawa para pengunjung ke tempat kawasan arena, pameran statik, bazar dan funfair.

Memandangkan cuaca panas, maka di nasihatkan untuk membawa payung dan memakai pakaian yang bersesuaian