Thursday, May 31, 2012

JPD laksana pemantauan jalan raya

                                                                  
Salah seorang pemandu yang ditahan semasa pemantauan had laju di ibu negara.

              
Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin tatkala menyertai pemantauan jalan raya oleh JPD.





Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah membuat Pemantauan Jalan Raya di beberapa buah kawasan di daerah ini terutama sekali yang tertumpu di kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan raya.

Antara kawasan tersebut seperti di kawasan Lebuh Raya Muara-Tutong di mana baru-baru ini telah meragut nyawa seorang pemandu warga asing berusia 37 tahun.

Turut serta dalam pemantauan jalan raya itu, Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan Dato Paduka Awang Haji Alaihuddin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohamad Taha dan beberapa pegawai dari agensi kerajaan yang berkaitan.
Menurut jurucakap dari JPD, pemantauan jalan raya ini akan diteruskan dari masa ke semasa disebabkan terdapat pemandu yang tidak mengambil perhatian penting terhadap aspek keselamatan.

"Ini termasuk, tidak memakai tali pinggan keselamatan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju dan tidak tanda-tanda amaran di jalan raya," tambahnya.

Bukan setakat itu, malah terdapat juga pemandu yang tidak menggunakan lesen memandu yang dikhususkan dalam pelesenan kenderaan.

Sementara di kawasan yang berasingan, sebanyak 30 pemandu ditahan dalam operasi had laju di lebuh raya di daerah ini yang mana salah seorang pemandu, memandu dengan kelajuan 150mph.

Kesemua pemandu yang ditahan telah dikenakan kompaun.

No comments:

Post a Comment